Walaubagaimanapun, semangat ini semakin luntur dikalangan
rakyat Malaysia terutama dikalangan anak-anak muda. Banyak aktiviti dianjurkan
untuk menyemai semula semangat yang semakin hilang ini.
Antara aktiviti yang paling mudah dan popular dilakukan
adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang, walaupun ada sesetengah orang berpandangan
itu tidak memberi kesan dengan semangat patriotik secara langsung.
Tetapi, bagi mereka yang menghayatinya secara lebih
mendalam, ia adalah simbol identiti dan maruah negara. Bagi mereka, perkara ini
tidak boleh diambil mudah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Turki,
Recep Tayyip Erdogan dilihat beberapa kali mengutip bendera negaranya.
Persoalannya, adakah anda tahu
semua perkara berkaitan bendera Malaysia?
Jom kita lihat 5 fakta menarik berkaitan Jalur Gemilang.
1.Mohamed Bin
Hamzah
Orang kata tak kenal maka tak cinta, design bendera Malaysia hasil inspirasi
daripada arkitek kerajaan daripada Johor Darul Takzim, En. Mohamed Bin Hamzah.
Rekaan beliau telah dipilih daripada 373 rekabentuk yang dianjur oleh Majlis
Perundangan Persekutuan ketika itu. Walaubagaimanapun, rekaan tersebut telah
dipinda beberapa kali sebelum dimuktamadkan kepada rekaan yang kita lihat pada hari
ini.
2. Jalur
Gemilang
Union Jack, the Stars and Stripes
atau NisshÅki
gelaran yang unik mewakili negara masing – masing. Malaysia juga tidak
ketinggalan untuk memberi nama kepada bendera kita. Pada ulang tahun
kemerdekaan negara yang ke – 40, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah
mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia.
3 3. Istana
Sultan Selangor
Jalur Gemilang pertama kali pertama
dikibarkan bukan pada 31 Ogos 1957 di Dataran Merdeka. Dan ia juga bukan pada
20 September 1956 di Bandar Hilir Melaka ketika mengumuman kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya, ia dikibarkan di perkarangan Istana
Sultan Selangor pada 26 Mei 1950 selepas rekabentuk tersebut diluluskan oleh
Raja George VI.
4 4. Simbol dan maksud
Jalur Gemilang mempunyai maksud tersendiri
seperti bendera negara lain.
Ketika "Jalur Gemilang"
dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati
bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang.
Sempena hari kemerdekaan yang bakal tiba, mari menyemarakkan semangat cinta akan negara di dalam diri. Ayuh!!! Kibarkan Jalur Gemilang.
Selamat Hari Merdeka ke-59
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
#merdeka59 #merdeka #anakmalaysia #patriotik
#jalurgemilang #benderamalaysia #independenceday