Sunday 21 August 2016

Kibarkan Jalur Gemilang

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari kemerdekaan yang ke - 59, dan ramai tidak melepaskan peluang untuk  menunjukkan semangat patriotik masing – masing pada bulan kemerdekaan ini.

Walaubagaimanapun, semangat ini semakin luntur dikalangan rakyat Malaysia terutama dikalangan anak-anak muda. Banyak aktiviti dianjurkan untuk menyemai semula semangat yang semakin hilang ini.

Antara aktiviti yang paling mudah dan popular dilakukan adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang, walaupun ada sesetengah orang berpandangan itu tidak memberi kesan dengan semangat patriotik secara langsung.

Tetapi, bagi mereka yang menghayatinya secara lebih mendalam, ia adalah simbol identiti dan maruah negara. Bagi mereka, perkara ini tidak boleh diambil mudah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dilihat beberapa kali mengutip bendera negaranya.


Persoalannya, adakah anda tahu semua perkara berkaitan bendera Malaysia?

Jom kita lihat 5 fakta menarik berkaitan Jalur Gemilang.
      
      1.Mohamed Bin Hamzah
Orang kata tak kenal maka tak cinta, design bendera Malaysia hasil inspirasi daripada arkitek kerajaan daripada Johor Darul Takzim, En. Mohamed Bin Hamzah. Rekaan beliau telah dipilih daripada 373 rekabentuk yang dianjur oleh Majlis Perundangan Persekutuan ketika itu. Walaubagaimanapun, rekaan tersebut telah dipinda beberapa kali sebelum dimuktamadkan kepada rekaan yang kita lihat pada hari ini.


       2Jalur Gemilang
Union Jack, the Stars and Stripes atau Nisshōki gelaran yang unik mewakili negara masing – masing. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk memberi nama kepada bendera kita. Pada ulang tahun kemerdekaan negara yang ke – 40, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia.

3           3. Istana Sultan Selangor
Jalur Gemilang pertama kali pertama dikibarkan bukan pada 31 Ogos 1957 di Dataran Merdeka. Dan ia juga bukan pada 20 September 1956 di Bandar Hilir Melaka ketika mengumuman kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya, ia dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950 selepas rekabentuk tersebut diluluskan oleh Raja George VI.

4           4. Simbol dan maksud
Jalur Gemilang mempunyai maksud tersendiri seperti bendera negara lain.


        5.   Lagu Jalur Gemilang
Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang.


Sempena hari kemerdekaan yang bakal tiba, mari menyemarakkan semangat cinta akan negara di dalam diri. Ayuh!!! Kibarkan Jalur Gemilang.

Selamat Hari Merdeka ke-59

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

#merdeka59 #merdeka #anakmalaysia #patriotik #jalurgemilang #benderamalaysia #independenceday

No comments:

Post a Comment